Thursday, May 19, 2011

7:21 PM
SAYS.my adalah satu syarikat di mana menyediakan ganjaran kepada ahli-ahli mereka yang sudi untuk bersama-sama berkempen iklan. Iklan ini adalah dari syarikat-syarikat yang termuka yang terdapat dan berpengkalan di Malaysia sebagai contoh dari syarikat Milo, Rexona, KFC, Sunsilk, Proton, dan sebagainya. Selain itu juga para ahli berpeluang mendapat komisyen atau ganjaran yang besar apabila para pelanggan mendapatkan servis atau menggunakan produk seperti dari Yun Nam Hair Care, Bee Bee Nail, JL De Beauty & Slimming Centre dan sebagainya melalui Daily Deals. Melalui Daily Deals para pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga 70% dari nilai sebenar cas perkhidmatan atau produk. SAYS.my yang dahulunya di kenali sebagai YOUTHSAYS telah beroperasi dari tahun 2008 sehingga sekarang dan ianya telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi.


Untuk menjadi ahli SAYS.my adalah amat senang kerana jika kita mempunyai akaun Facebook kita akan dapat menjadi ahli. Akaun facebook digunakan sebagai akaun SAYS.my kerana para ahli dapat berkempen di dalam facebook di samping memudahkan para ahli untuk menambah pendapatan sampingan. Selain itu juga, para ahli juga boleh berkempen melalui Twitter mahupun Blog bergantung kepada kretiviti ahli. Ahli SAYS.my telah mencecah 300,000 lebih sepanjang penubuhannya di Malaysia

Ini adalah antara ahli-ahli yang telah menyertai SAYS.my
Ini adalah antara pemberi ganjaran yang setia

Di sini saya akan terangkan tentang kempen. Kempen yang disediakan adalah mempunyai kuota yang telah di tetapkan dan ahli-ahli hanya dapat mendapat ganjaran sebanyak kuota yang diberikan dan jika jumlah keseluruhan ganjaran telah mencapai target, kempen ini akan tamat dan menyebabkan ada diantara ahli yang tidak sempat untuk mencapai tahap kuota yang diberikan oleh SAYS.my. Setiap unik klik kita akan dibayar sebanyak RM0.20 dan jika memperolehi sebanyak 20 unik klik kita akan mendapat RM4. Kuota yang paling tinggi untuk sesuatu kempen ialah RM40 dan yang paling sedikit kuotanya adalah RM1.


Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang daripada ahli SAYS.my disamping untuk menambahkan sedikit pendapatan sampingan, anda boleh la klik gambar di bawah ini :


Post a Comment

0 comments:

Post a Comment