Saturday, March 31, 2012

1:21 PM
Berakhirnya Zaman Diploma

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di bumi yang sementara dan fana ini. Aku bersyukur kerana akhirnya aku telah menamatkan pengajian Diploma Pengurusan Bank di UiTM Machang. Masa yang berlalu amat pantas. Disini aku ingin menulis sedekit tentang pengalaman aku berada di UiTM Machang. Banyak kenangan pahit manis yang tersemat di dalam hatiku sewaktu berada di UiTM Machang. Permulaan sebagai pelajar biasa, akhirnya aku menceburi bidang kepimpinan untuk memimpin salah sebuah kolej yang terdapat di UiTM Machang iaitu Kolej Tun Abdul Razak yang terajui oleh seorang Penolong Pengurus Asrama, Encik Azharulnizam Bin Wahab dan 4 orang Pegawai Pembangunan Pelajar iaitu Encik Hishamuddin, Encik Aidil, Encik Idzham dan Encik Shoh.

Banyak pengalaman manis telah terukir bersama-sama pelajar Diploma in Banking (DIB). Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pelajar DIB sendiri yang menggunakan bajet sendiri seperti Trip Ke Gambang dan Perkelahan di PCB yang diadakan pada setiap semester yang diketuai oleh Mohd Hazwan (Madat). Kenangan bersama memang tidak dapat dilupakan dan akan menjadi memori sehingga ke akhir hayat.

Perkelahan di PCB
Malam Pra-Graduasi
Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa
Selain itu, aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan segala ilmu kepadaku. Aku terhutang budi dengan semua pensyarah yang mengajarku. Halalkan segala ilmumu dan berkatilah ilmu yang telah diajarkan kepada kami semua. Tanpamu tidak mungkin kami akan capai ke tahap sebegini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi menjadi teman dikala aku dalam kedukaan dan kegembiraan.Terima kasih kepada semua yang telah memberikan tunjuk ajar kepadaku berkenaan dengan hal kepimpinan sewaktu aku diberikan kepercayaan untuk menjadi pemimpin di kolej. Yang paling penting, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapaku kerana memberi peluang kepada aku untuk menyambung pelajaran di UiTM Machang.

Jawatankuasa Perwakilan Kolej
Majlis Tertinggi Kolej

Sekian sahaja nukilan yang tidak seberapa ini.

Alif Nordin
31 Mac 2012, 1:10 PM

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment